Sunday 29 March 2015

TUNANG DALAM ISLAM

[ HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM ]

Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini.

Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.
 

 
[ DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG ]

Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah...

1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham.

2) Hadis Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".

2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.



[TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH / BERTUNANG ] 

1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.

2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.

3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.

Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham.


*** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.


PENGERTIAN TUNANG / KHITBAH

"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.



"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.



Monday 9 March 2015

me

bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara .
cahaya mata dilahirkan di felda air hitam . 
dilahirkan pada 2 april 1993 .
diberi nama Nur Nadirah .
seruan nama Didi diberi .

seorang ahli sukan . 
gemar bersukan . 
melapangkan diri dengan sukan .
semua tentang sukan . 

seorang yang tak dapat dikenal pasti emosi .
emosi tidak menentu . emosi tidak stabil .
suka berkawan . suka membebel . 
suka budak budak . suka kucing . suka arnab . 

seorang yang suka akan ketenangan . 
keindahan dan keajaiban alam . 
seorang yang simple . kadang kadang berat . 
bergantung pada majlis dan tempat .

seorang yang malas nak jaga kesihatan . 
paling malas nak ber"make-up" bagai . 
at least ! "eye-liner , lip ice"
paling malas jaga kesihatan muka . 
paling malas untuk semua lah . 

seorang yang tak rajin nak ambil tahu pasal orang kampung yang kepochii . 
seorang yang tak rajin nak ambil tahu tentang hal orang yang takda kena mengena .
hidup aku , aku lah . hidup kau , kau lah . 
tapi sekali kau sentuh hidup aku , aku serahkan berganda sentuhan dan balasan Allah pada kau . 

seorang yang tidak suka akan manusia yang pilih kasih .
tidak suka akan manusia yang nampak kesenangan orang lain . 
tapi tidak pernah nampak kesusahan orang lain . 
tidak suka akan manusia yang sibuk nak jaga tepi kain kita ,
sedangkan kain sendiri terkoyak .

seorang yang nampak diam , tapi mulut murai .
seorang yang nampak blur dan lembab , tapi mungkin tak . 
seorang yang tak punya apa-apa kelebihan .
tidak punya apa-apa harta .

seorang anak perempuan kepada Khamis bin Jayos .
seorang anak perempuan kepada Yatimah binti Buang .
seorang adik perempuan kepada Mohd Syafiq bin Khamis
seorang kakak kepada Nur Syakirah binti Khamis .
seorang makcik kepada arwah Nur Syafiah binti Mohd Syafiq . 
seorang adik ipar kepada Norsyahida binti Zainal Abidin . 
bakal kepunyaan sementara Mohammad Hafizi Hazeeq bin Mohd Rais . 

tak sempurna sama sekali . 
tak pandai masak lauk pelik pelik . 
tak pandai kemas rumah dengan teliti . 
tak pandai nak menang hati orang lain . 
tak pandai jaga hati sendiri . 

suka makan pelik pelik . 
cerewet dalam melilih kasut , memilih baju . 
cerewet dengan apa yang terlihat depan mata . 
cerewet tentang makanan .

seorang yang banyak mendiamkan diri . 
tapi suka pendam semuanya . 
hanya nampak gembira . 
sedih di lubuk duka . 

sampai disini sahaja . 
semoga bersua muka . 
terima kasih berjuta . 
harap berjumpa dilain masa .